3I-2 Ekuiti dalam pembiayaan penjagaan kesihatan

Oleh: Jeyakumar Devaraj

Organisasi/ Individu: Parti Sosialis Malaysia / Peoples Health Forum

Kod Polisi: 3i Kesihatan

Isu dan Polisi Semasa:

"Persaingan antara negara-negara untuk menarik pelaburan telah menyebabkan ‘race-to-the-bottom’ dalam kadar cukai korporat. Cukai korporat di Malaysia telah dikurangkan dari 40% keuntungan syarikat kepada 24%. Memandangkan kadar cukai korporat di Singapura lebih rendah, iaitu 18% menyebabkan Malaysia merasa tertekan untuk mengurangkan kadar cukai. Apabila cukai korporat dikurangkan, dana kerajaan untuk membiayai skim-skim kebajikan rakyat akan terjejas dan berkurangan. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mencari alternatif dengan memperkenalkan cukai baharu kepada rakyat Malaysia seperti cukai khas kesihatan atau mewajibkan insurans kesihatan. Malangnya, gaji di Malaysia adalah rendah, hanya sekitar 1 per 6 daripada gaji di negara-negara barat. Pada masa ini, banyak keluarga yang bergelut untuk hidup berikutan gaji yang tidak cukup untuk menampung kos sara hidup. Adalah tidak adil untuk membebankan mereka dengan satu cukai baharu."

Nilai-nilai & Kepercayaan

"1. Pada masa ini, pengagihan kekayaan di Malaysia dan dunia adalah tidak adil yang mana terlalu banyak kekayaan dipegang oleh 1% golongan sahaja. 2. Amalan mengelak cukai dan ‘race-to-the-bottom’ dalam cukai korporat mestilah dihentikan. 3. Konsep ‘Gaji Sosial’ perlu digunakan dalam polisi-polisi kerajaan yang mana perkhidmatan asas seperti kesihatan bersubsidi perlu diperluaskan."

Penyelesaian:

"1. Menolak sistem pembiayaan kesihatan yang membebankan orang ramai melalui cukai tambahan (seperti GST), skim insurans mandatori atau pengeluaran wang KWSP. 2. Negara perlu mencari jalan untuk meningkatkan cukai korporat dan mengenakan cukai kepada golongan kaya. Ini boleh dilakukan dengan penyertaan secara serius di peringkat ASEAN, G77, UNCTAD, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]