Tuntutan 3H-4 Rakyat India Malaysia untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Oleh: Kesatuan pekerja/Yayasan Tamil/EWRF

Organisasi/ Individu: Kesatuan pekerja/Yayasan Tamil/EWRF

Kod Polisi: 3j Buruh

Isu dan Polisi Semasa:

Akan berlakunya beberapa amalan baru yang menjejaskan komuniti pekerja ladang, terutamanya kaum India memandangkan Malaysia sedang mengalami perindustrian dan pembandaran yang pesat.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Apa yang jelas adalah penyelesaian kepada masalah dan pencapaian aspirasi kita memerlukan strategi pembangunan alternatif yang sememangnya prihatin dan adil. Secara amnya, ini akan melibatkan sistem politik bukan perkauman dan strategi pembangunan yang berpusat kepada pengagihan kekayaan saksama, demokrasi, keadilan dan perkembangan rohani. Tuntutan yang dilakukan ini adalah langkah ke arah tersebut.

Penyelesaian:

"Kami menuntut kerajaan membentuk sebuah jabatan yang mengawal selia amalan berkenaan dan mencadangkan rancangan untuk mengurangkan masalah-masalah yang di akan dihadapi oleh komuniti berkenaan. Misalnya, melatih dan mengasah semula kemahiran pekerja-pekerja ini untuk memasuki sektor ekonomi yang lain atau baru. Tambahan pula, memandangkan jumlah pekerja ladang yang besar dipindahkan, terdapatnya keperluan untuk mengurus pemindahan dari kawasan luar bandar ke bandar. Oleh demikian, adalah penting untuk kumpulan ini disediakan latihan, mengasah kemahiran serta kemahiran sosial bagi kehidupan di bandar. Kerajaan harus melihat untuk menyediakan dana tambahan kepada kumpulan ini untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. "

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]