Oleh: Fork Yow Leong
Organisasi/ Individu: –
Kod Dasar: 3g Demokrasi Tempatan
Isu dan Polisi Semasa:
Pada masa ini, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti kepada rakyat kerana anggota-anggota dalam pihak berkuasa tempatan tidak dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihan raya. Oleh itu, untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam sistem demokrasi, pilihan raya pihak berkuasa tempatan perlu dikembalikan.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Pada pandangan saya, rakyat Malaysia perlu melibatkan diri dalam politik kerana segala tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita. Ini juga adalah cara untuk mempromosi bentuk demokrasi dengan penglibatan aktif rakyat Malaysia.
Penyelesaian:
Mengembalikan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan agar pihak berkuasa tempatan mempunyai akauntabiliti atas setiap tindakan mereka.
Sumber Rujukan:
–