Oleh: G25 Malaysia
Organisasi/ Individu: G25 Malaysia
Kod Dasar: 3c Pembaharuan Kehakiman
Isu dan Polisi Semasa:
Peguam Negara kini menjalankan dua peranan sebagai pendakwa raya dan sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan. Amalan ini telah menimbulkan masalah akauntabiliti dan menghalang pendakwaan kes rasuah yang melibatkan Menteri dan pegawai kerajaan.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Tadbir urus yang baik memerlukan pengasingan kedua-dua peranan di mana akan menghasilkan keyakinan lebih besar di dalam sistem keadilan jenayah. Ia mengelakkan konflik kepentingan dan syak wasangka atau persepsi campur tangan politik berkenaan dengan fungsi pendakwaan Peguam Negara.
Penyelesaian:
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Sekyen 376 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda bagi mendefinisikan semula peranan Peguam Negara dan untuk membentuk pengasingan pejabat Pengarah Pendakwa Raya yang bebas.Peguam Negara dan Pengarah Pendakwa Raya hendaklah dilantik dengan jaminan tempoh perkhidmatan, sebagai contoh, pelantikan mereka hanya boleh dilakukan atau ditamatkan oleh Yang Dipertua atas nasihat sebuah suruhanjaya bebas melalui proses yang telus, berakauntabiliti dan berasaskan merit; sama seperti hakim Mahkamah Tertinggi.
Sumber Rujukan:
–