Oleh: Cso ROL Cluster
Organisasi/ Individu: Asylum Access
Kod Dasar: 2g4 Pelarian & Pencari Suaka
Isu dan Polisi Semasa:
Pelarian dan pemohon suaka memerlukan perlindungan perundangan yang besar di Malaysia. Malaysia bukan negara ahli kepada Konvensyen berkenaan Status Pelarian 1951 dan tidak mempunyai rangka kerja domestik atau pentadbiran yang mengawal pelarian dan hak mereka. Pelarian juga tidak mempunyai akses kepada kebebasan asasi termasuklah status di bawah undang-undang, pekerjaan yang selamat dan sah, pendidikan formal dan perlindungan di bawah undang-undang yang setara serta sentiasa berada dalam risiko ditangkap, ditahan dan eksploitasi.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Asylum Access Malaysia (AAM) merupakan sebuah program bantuan guaman untuk pelarian yang membantu pelarian dan pemohon suaka untuk mengemudi proses Penentuan Status Pelarian (RSD) UNHCR, sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk hidup dengan selamat dan bergerak bebas di Malaysia. Selain daripada itu, AAM juga menawarkan bengkel Know-Your-Options yang menyediakan asas perundangan dan maklumat praktikal untuk membantu pelarian mengemudi proses RSD dan perlindungan perundangan lain-lain yang boleh menghalang penahanan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia. AAM juga terlibat dalam aktiviti membina kapasiti bersama-sama peguam, universiti dan kumpulan masyarakat sivil bagi membentuk rangkaian bantuan guaman di Malaysia.
Penyelesaian:
"1. Rangka kerja perundangan/pentadbiran untuk perlindungan pelarian dan pemohon suaka berkenaan status undang-undang bagi mencegah penangkapan dan penahanan. 2. Status di bawah undang-undang untuk dibenarkan hak kepada pekerjaan diambil secara rasmi. 3. Kanak-kanak pelarian dapat menyertai Sistem Pendidikan Kebangsaan dan sekolah agama. 4. Akses kepada penjagaan kesihatan yang berpatutan dan penarikan semula Arahan 10 yang mewajibkan kakitangan Penjagaan Kesihatan di Institusi Penjagaan Kesihatan Kerajaan melaporkan kepada penguatkuasa imgiresen bahawa mana-mana pelarian tanpa izin yang mendapatkan rawatan di hospital."
Sumber Rujukan:
~