Oleh: Glorene A Das
Organisasi/ Individu: TENAGANITA
Kod Polisi: 2g3 Orang Tanpa Dokumen
Isu dan Polisi Semasa:
Pekerja migran tanpa dokumen atas pelbagai sebab sering dijenayahkan, dipenjara, diusir dan dilucutkan hak mereka untuk mendapat ganti rugi terhadap pelanggaran buruh, terutamanya gaji yang tidak dibayar. Pekerja migran sering tidak berdokumen apabila mereka melarikan diri daripada keadaan kerja yang eksplotatif atau kerana kelemahan sistem pengurusan buruh migran seperti majikan tidak memperbaharui permit bekerja, amalan tidak beretika oleh ejen, korupsi, pakatan sulit dan nepotisme antara majikan dengan badan penguatkuasaan yang mengendali pengambilan dan penempatan buruh migran secara haram. Agensi penguatkuasaan tidak mengambil kira alasan-alasan tersebut bagi status tidak berdokumen, malahan pekerja migran ini akan disalahkan serta menjadi mangsa.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Tiada manusia yang haram; sementara imigrasi seseorang mungkin tidak disah, terma “pendatang haram” adalah tidak berperikemanusiaan. Menjadi migran tanpa dokumen bukanlah satu kesalahan jenayah, ia haruslah dianggap sebagai kesalahan pentadbiran. Seseorang tidak akan kehilangan hak asasinya hanya kerana status imigrasi mereka tidak berdokumen.
Penyelesaian:
"1. Meminda Akta Imigresen untuk penyahjenayahan status migran tanpa dokumen dengan menyediakan remedi pentadbiran, dan menghapuskan tahanan, pemenjeraan serta hukuman dera hanya kerana tidak berdokumen. 2. Mengangkat perspektif hak asasi manusia di dalam penguatkuasaan Akta Imigresen terhadap mereka yang tidak berdokumen. Mengambil kira tindakan dan kelalaian pihak lain yang menyebabkan status mereka yang tidak berdokumen. Tiada lagi migran tanpa dokumen yang dijadikan mangsa. 3. Sekiranya penahanan tidak dapat dielakkan bagi kesalahan-kesalahan imigresen atau pasport, individu berkenaan perlu dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam. Perlu adanya alternatif kepada penahanan merujuk kepada cadangan SUHAKAM dan satu mekanisme bagi melindungi kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan lain-lain yang memerlukan keperluan khas agar tidak ditahan. 4. Mengeluarkan fasal penyingkiran dalam seksyen 59 Akta Imigresen ‘Pengecualian hak untuk didengar’ dan seksyen 59A ‘Pengecualian semakan kehakiman,’ bagi membenarkan tahanan untuk didengar dan mencabar alasan penahanan dan pemindahan mereka. 5. Membenarkan pekerja migran tanpa dokumen untuk mendapatkan ganti rugi melalui Jabatan Tenaga Kerja atas pelanggaran hak pekerja di bawah Akta Kerja. 6. Memfasilitasi ganti rugi dengan menyediakan migran tanpa dokumen meneruskan kes mereka di Jabatan Tenaga Kerja atau mana-mana mahkamah, Pas Khas untuk tinggal, termasuklah kebenaran untuk bekerja. Akses kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)/ bantuan guaman kepada migran agar wang levi mereka boleh digunakan bagi bantuan perundangan. 7. Membentuk platform Tetap demi kolaborasi diantara kerajaan dan organisasi masyarakat sivil yang bermakna dan penginstitusian bagi memfasilitasi ganti rugi buat pekerja migran tanpa dokumen. 8. Menyediakan pekerja migran tanpa dokumen akses kesihatan yang sama rata dan berpatutan seperti tersedia kepada rakyat Malaysia. Ia sangat penting untuk menghapuskan Surat Pekeliling 10 dan memastikan pemisahan antara perkhidmatan kesihatan dan imigresen. 9. Menguatkuasakan hukuman keras dengan menyenarai hitam terhadap ejen, majikan dan pegawai kerajaan yang menyebabkan pekerja migran menjadi tidak berdokumen melalui tindakan tidak memasukkan atau pembatalan tugas. "
Sumber Rujukan:
~