2G3-4 CIPTA NOMBOR ID DAN KAD KHAS UNTUK ORANG TANPA KERAJAAN DI MALAYSIA

Oleh: Rosita MH Khan

Organisasi/ Individu: Kelab Amal Prihatin Wanita Tapah

Kod Polisi: 2g3 Orang Tanpa Dokumen

Isu dan Polisi Semasa:

"PTW tidak dibenarkan membuka akaun bank atau melakukan pendaftaran KSWP dan SOCSO apabila bekerja. Mereka juga dianggap bekerja secara tidak sah berikutan kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat; mereka tiada kerakyatan negara lain kerana tidak pernah keluar-masuk Malaysia. Memandangkan mereka tidak mempunyai pengenalan diri, mereka tidak dapat didaftarkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Akibatnya, ramai yang dianiaya oleh majikan (yang mengambil mereka bekerja secara rahsia) dalam banyak segi terutamanya gaji atau upah."

Nilai-nilai & Kepercayaan

"Membiarkan PTW dalam situasi begini adalah suatu ketidakadilan. Ramai telah berkeluarga namun nasib mereka tidak menentu. 1. Tiada pendaftaran untuk skim KWSP dan SOCSO adalah melanggar peraturan pekerjaan dalam undang-undangan Buruh di Malaysia dan Antarabangsa serta melanggar hak asasi manusia. 2. PTW boleh menjadi sumber tenaga manusia untuk pasaran Malaysia secara sah sekiranya mereka diberi pengiktirafan dan diambil bekerja secara sah."

Penyelesaian:

"Satu sistem pengenalan diri berasaskan biometrik perlu diwujudkan. Melalui sistem ini, satu kad pengenalan diri bergambar (KPDB) akan dikeluarkan dan perlu diperbaharui setiap tiga tahun (atau lain-lain jangkamasa sesuai). Kad KPDB juga boleh digabungkan dengan sistem kod bar berserta nombor khas dan bentuk kad yang berbeza berbanding kad pengenalan warganegara Malaysia. Kad KPDB untuk PTW perlu diwartakan menerusi Parlimen supaya boleh diterima pakai oleh institusi kewangan dan lain-lain institusi awam yang memerlukan pengenalan bergambar. Kad ini umpama paspot bagi PTW dan boleh digunakan oleh majikan untuk mendaftar pekerja PTW secara sah di bawah skim-skim KWSP dan SOCSO. PTW juga boleh membuka akaun bank di mana-mana institusi perbankan yang mana lebih selamat dan terjamin dengan menggunakan kaedah pengenalan diri ini."

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]