Oleh: Rahayu
Organisasi/ Individu: Buku Jalanan
Kod Polisi: 2g3 Orang Tanpa Dokumen
Isu dan Polisi Semasa:
"Tanpa akses kepada pendidikan yang berkualiti, kanak-kanak terpinggir hidup dalam kemiskinan; berisiko, terdedah kepada keganasan dan eksploitasi; bergelut dengan dalam sistem dan pihak berkuasa; hidup dengan kurang upaya; tidak mempunyai dokumentasi yang sah serta disekat daripada maju dalam kehidupan di samping mewarisi kitaran hidup yang mencengkam. Kurangnya peluang dan keterangkuman menghalang mereka daripada mendapat akses kepada perkhidmatan yang penting untuk kehidupan serta kelangsungan kehidupan mereka. Walaupun ramai yang melihat bahawa kehadiran kanak-kanak yang berada di sesuatu tempat yang kewujudannya tidak diiktiraf dan terpinggir ini akan mengambil sumber daripada warganegara Malaysia serta antara penyumbang kepada masalah sosial, namun pendidikan yang berkualiti pasti dapat membuka dimensi baru kehidupan kanak-kanak ini dengan menyediakan peluang untuk bekerja di samping membina kelangsungan hidup melalui peluang berkhidmat dalam pembangunan ekonomi serta menyumbang kepada Pertumbuhan Nasional. Setiap kanak-kanak adalah modal insan kepada setiap negara jika potensi mereka digilap melalui sistem Pendidikan yang berkualiti. Kewujudan kanak-kanak yang tidak bernegara, berada di sesuatu tempat yang kewujudan kanak-kanak tersebut tidak diiktiraf & tidak berdokumen ini wajib ditangani secara proaktif dengan memastikan mereka diberi akses kepada pendidikan yang berkualiti agar mereka dapat memberi pulangan yang produktif dan menjadi modal insan kepada negara."
Nilai-nilai & Kepercayaan
"Membina jaringan integrasi sosial dan ekonomi setiap kanak-kanak ke dalam masyarakat Malaysia. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan (Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Perkara 28) a) Malaysia dengan bangga dikenali sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian dengan budaya dan warisannya yang kaya, kehadiran kanak-kanak ini akan meningkatkan lagi kekayaan dan kepelbagaian masyarakat kita. b) Inklusif untuk pendidikan membolehkan penyertaan kanak-kanak ini bermakna dalam pembangunan ekonomi dan negara. "
Penyelesaian:
"1. Sejajar dengan kewajipan Negara di bawah CRC, aspirasi mukadimah daripada Akta Kanak-Kanak 2001 (seperti dipinda), dan pendidikan sekolah rendah adalah wajib seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996 (seperti dipinda), mempunyai arahan serta langkah-langkah pelaksanaan yang jelas mengenai integrasi dan penerimaan kanak-kanak yang tanpa kewarganegaraan, pelarian, tidak berdokumen dan tidak diiktiraf ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. 2. Pengiktirafan rasmi untuk sekolah alternatif dan pusat pembelajaran yang dikendalikan oleh NGO dan Organisasi Berasaskan Komuniti yang memenuhi keperluan kanak-kanak yang tidak bernegara dan tidak diiktiraf. 3. Untuk membolehkan kanak-kanak yang tidak bernegara dan tidak diiktiraf menduduki peperiksaan awam dan memperoleh sijil. 4. Untuk membolehkan anak-anak yang tidak bernegara dan tidak diiktiraf mendaftar di universiti awam dengan bayaran yang sama dengan penduduk tempatan"
Sumber Rujukan:
"(Action plan attached) Nota: semua kanak-kanak yang berada di sesuatu tempat di mana kewujudan mereka tidak diiktiraf dan/atau terpinggir yang disebut di sini termasuk secara khusus kanak-kanak yang kewujudannya di sesuatu tempat tidak diktitiraf kesahihannya, pelarian, tanpa kewarganegaraan serta tanpa dokumen."