Oleh: Rapelson Richard Hamit
Organisasi/ Individu: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (Perais)
Kod Polisi: 2F PWD
Isu dan Polisi Semasa:
Masalah yang kami hadapi kini adalah hak dan fokus terhadap OKU telah dialihkan atau diketepikan daripada agenda kebangsaan dan negara selama bertahun-tahun. Setiap program dan penekanan terhadap pembinaan negara dilihat tidak merangkumi kandungan yang mesra OKU.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kami bukan meminta layanan istimewa tetapi layanan lebih baik yang dapat memajukan kami sebagai sebuah masyarakat dan membenarkan kami untuk memberikan sumbangan kepada negara serta generasi akan datang dengan lebih efektif.
Penyelesaian:
"1% perwakilan bagi golongan OKU dalam sektor kerajaan dan swasta. Sekurang-kurangnya seorang wakil dalam setiap kerajaan tempatan. Sekurang-kurangnya seorang Senator bagi OKU Sarawak dalam Dewan Rakyat. Sekurang-kurangnya seorang wakil dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk membentangkan sebarang perkara mengenai OKU. Diskaun separuh harga bagi OKU (Pembelian Kereta Nasional). Diskaun separuh harga bagi OKU (Pembelian Rumah). Diskaun separuh harga bagi OKU (Pascabayar/Internet bagi Semua Pembekal Perkhidmatan Telekomunikasi). Separuh harga bagi OKU (Bil Elektrik, Bil Air, Cukai). Separuh harga bagi OKU (Penggunaan Pengangkutan Awam/Tiket Penerbangan). Ketercapaian – Menyediakan lebih banyak zon/kemudahan awam/pasar raya/tandas/banyak lagi yang mesra OKU. Menggerakkan Pekeliling Akta OKU 2008 dikuatkuasakan sebagai undang-undang tetapi bukan sekadar garis panduan. Pendidikan percuma kepada semua OKU (dari Tadika hingga Universiti). Insentif Negeri dan Persekutuan bagi majikan yang menerima pekerja OKU."
Sumber Rujukan:
Perais mengalu-alukan peningkatan bantuan EPC