2E-12 Memastikan Hak Kanak-kanak Pelarian

Oleh: Cso Platform For Reform – Kluster Kanak-kanak

Organisasi/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)

Kod Polisi: 2e Kanak-kanak

Isu dan Polisi Semasa:

"1. Walaupun Malaysia telah meratifikasi CRC, CEDAW dan wujudnya Akta Kanak-kanak 2001, SOACA, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, undang-undang antipemerdagangan dan buruh untuk melindungi kanak-kanak, namun kanak-kanak pelarian terus mengalami diskriminasi semasa mengakses sistem dan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak nasional, termasuklah pendidikan, penjagaan kesihatan dan vaksinasi. 2. Kanak-kanak pelarian menghadapi penangkapan, penahanan, pengusiran, penyalahgunaan, pengabaian, eksploitasi termasuklah perkahwinan bawah umur, rogol statutori, jenayah dalam talian, kemiskinan dan masalah kesihatan mental. 3. Struktur komuniti yang lemah, amalan tradisional yang berbahaya dan penyediaan perkhidmatan terhad yang dapat membantu populasi ini memburukkan lagi kerentanan kanak-kanak pelarian. 4. Semasa krisis Covid-19, kanak-kanak pelarian mengalami xenofobia, pengaturan penjagaan yang tidak selamat, kekangan dalam mencari nafkah, bantuan makanan dan kesukaran mengakses talian bantuan berikutan status mereka yang tidak sah, rintangan bahasa dan kurang kesedaran mengenai isu-isu pelarian."

Nilai-nilai & Kepercayaan

Melibatkan kanak-kanak pelarian dalam rancangan tindakan nasional, program dan perkhidmatan mengenai pencegahan dan tindak balas perlindungan mereka. Membenarkan akses kepada mereka tanpa diskriminasi dalam program Pelindung dan Pembantu Kanak-kanak, D11, pendidikan kebangsaan dan penjagaan kesihatan termasuklah SCAN, psikososial, kebajikan, pendidikan dan perkhidmatan seksualiti yang komprehensif, keadilan, pengurusan kes dan aktiviti menjana pendapatan untuk keluarga mereka.

Penyelesaian:

"1. Ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, menarik balik semua reservasi terhadap CRC (Artikel 2 dan 37), selaraskan Akta Imigresen dengan Akta Kanak-kanak 2001, SOACA dan undang-undang antipemerdagangan orang, CRC (Artikel 22), CEDAW untuk mencegah kesalahan imigresen, penangkapan, penahanan dan pengusiran pelarian. 2. Memperkuat penyelidikan berdasarkan bukti dan berorientasikan tindakan kepada kanak-kanak pelarian. 3. Menyediakan alternatif kepada penahanan, terutamanya penjagaan yang tidak diinstitusikan bagi semua kanak-kanak pelarian dan termasuklah keluarga mereka. 4. Menginstitusikan dialog, meningkatkan kesedaran yang berkala dan pembinaan kapasiti kepada isu-isu pelarian, undang-undang dan dasar berkaitan, prosedur dan penentuan kepentingan terbaik, mekanisme pelaporan sulit dengan semua pihak berkepentingan bagi memaksimakan sumber-sumber, membenarkan akses yang adil, mengukuhkan kualiti perkhidmatan dan memastikan pelaku disabitkan dan dihukum. 5. Menyediakan perkhidmatan jurubahasa dan mesra kanak-kanak, sensitif gender, informasi yang sesuai dengan budaya, pendidikan, bahan-bahan komunikasi tentang perkhidmatan perlindungan dan sokongan di dalam bahasa golongan pelarian yang berkaitan. 6. Membentuk mekanisme pengumpulan data terpencar antara agensi mengenai kanak-kanak pelarian dengan polis, JKM, hospital, NGO, agensi PBB, sekolah, organisasi berasaskan komuniti dan pusat pembelajaran. 7. Melibatkan kanak-kanak pelarian di dalam parlimen kanak-kanak atau kumpulan penyertaan kanak-kanak untuk memelihara penyertaan mereka dalam program dan proses membuat dasar serta keputusan. "

Sumber Rujukan:

"1. Laporan Status CRCM 2019. 2. Kanak-kanak pelarian yang berisiko termasuklah kanak-kanak yang tanpa pendamping dan juga kanak-kanak terpisah. 3. Badan dan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuklah imigresen, pegawai kehakiman, pendakwa raya, badan penguatkuasa, pihak berkuasa perubatan termasuk kakitangan SCAN dan OSCC, pelindung kanak-kanak, pekerja sosial, guru-guru, kakitangan sekolah, badan bukan kerajaan, pihak agama, kanak-kanak pelarian, keluarga dan komunitinya."

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]