Oleh: Cso Platform For Reform – Kluster Kanak-kanak
Organisasi/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)
Kod Polisi: 2e Kanak-kanak
Isu dan Polisi Semasa:
Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan visa bagi pasangan bercerai (kewarganegaraan berlainan) walaupun mempunyai hak penjagaan anak bersama untuk terus tinggal di Malaysia. Mereka telah disuruh pulang ke negara masing-masing, di mana ini telah menafikan lawatan dan jagaan bersama bagi anak yang berwarganegara Malaysia.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Demi kepentingan kanak-kanak, untuk memudahkan hak penjagaan bersama dan lawatan, ibu atau bapa yang mempunyai kewarganegaraan berlainan seharusnya digerankan Visa Jangka Panjang dengan hak pekerjaan untuk menjaga anak mereka yang berwarganegara Malaysia.
Penyelesaian:
Untuk mengurangkan impak psikologi dan emosi kepada kanak-kanak di atas penceraian. Ibu atau bapa yang mempunyai kewarganegaraan berlainan seharusnya mampu memperoleh Pas Residen bersama-sama dengan hak pekerjaan bagi mendapatkan bantuan kewangan, hak lawatan dan penjagaan bersama bagi anak mereka yang berwarganegara Malaysia.
Sumber Rujukan: