Oleh: Cso Platform For Reform – Kluster Kanak-kanak
Organisasi/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)
Kod Polisi: 2e Kanak-kanak
Isu dan Polisi Semasa:
"1. Malaysia telah turun ke Tahap 3 Senarai Pemerhatian memandangkan kerajaan Malaysia berikutan tidak memenuhi tahap minimum bagi penghapusan pemerdagangan (manusia) dan tidak mengambil langkah-langkah signifikan dalam melaksanakannya. 2. Melihat kepada impak pandemik COVID-19 kepada kapasiti anti-pemerdagangan, kerajaan terus menyatukan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran malah tidak menangani perkara ini sebaiknya atau mendakwa dengan pertuduhan jenayah berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai mengenai pemerdagangan kerja. 3. Kanak-kanak termasuk pelarian telah diperdagangkan melalui pelbagai jenis taktik pemerdagangan pekerja dan perkahwinan kanak-kanak. Pihak berkuasa anti-pemerdagangan tidak mengklasifikasi perkahwinan kanak-kanak sebagai pemerdagangan kerana mereka menganggap persetujuan seorang kanak-kanak sebagai sah. Pelarian, migran dan kanak-kanak terdedah kepada penyeludupan, menjadi mangsa perhambaan hutang dan seterusnya dijual bagi masuk ke dalam perkahwinan, dipaksa bekerja, menjadi pengemis serta mengalami keganasan."
Nilai-nilai & Kepercayaan
Memastikan undang-undang negara melindungi kanak-kanak, yang terdiri daripada Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 perlu diselaraskan dengan Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Kanun Keseksaan selari dengan Konvensyen PBB bagi melindungi semua kanak-kanak, termasuklah pelarian, migran dan komuniti yang tidak mempunyai kewarganegaraan.
Penyelesaian:
"1. Menetapkan prosedur pengurusan kes berpusatkan kanak-kanak yang formal, dan berkesan termasuk identifikasi tepat, mekanisme tindak balas, penilaian untuk perlindungan antarabangsa demi memastikan mangsa yang selamat dirujuk untuk perlindungan dan perkhidmatan. 2. Menyeragamkan peningkatan kesedaran dan latihan mengenai pemerdagangan dan penyeludupan, undang-undang seperti Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludpan Migran, Akta Kanak-Kanak 2001, SOACA, koordinasi antara agensi dan perkongsian data, teknik menemubual yang mesra untuk kanak-kanak, mekanisme pelaporan rahsia dengan pihak penguatkuasaan dan pengawalan sempadan antipemerdagangan manusia, hakim, pendakwa raya , polis, pihak berkuasa perubatan termasuk SCAN dan OSCC, pelindung kanak-kanak, pekerja sosial, guru, NGO, pihak berkuasa agama, keluarga dan kanak-kanak termasuk pelarian, pemohon suaka dan migran. 3. Menyelaras dialog sistematik mengenai perkongsian data nasional dan antarabangsa dengan persetujuan dan perlindungan kerahsiaan, prosedur undang-undang dan kerjasama yang lebih teras dengan negara asal, transit dan destinasi untuk mencegah pemerdagangan manusia, pendakwaan pemerdagangan manusia dan melindungi mangsa yang selamat. 4. Menghentikan penangkapan, penahanan dan pengusiran kanak-kanak migran dan pelarian yang diperdagangkan kerana melanggar undang-undang imigresen dan mendapat izin tinggal sementara, perkhidmatan jurubahasa, menebus rugi, pemulihan dan pampasan. Mengesyorkan penghantaran pulang setelah penentuan kepentingan terbaik bagi kanak-kanak yang diperdagangkan dan dalam hal pelarian, agensi kerajaan perlu bekerjasama dengan UNHCR."
Sumber Rujukan:
"1. Status Laporan CRCM 2019 - halaman 47. 2. 2020 Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada bulan Jun 2020 (Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia (2020)). 3. Dalam Pemerhatian Penutup 2018 ke Malaysia, Jawatankuasa CEDAW menyatakan bahawa ""adalah menjadi suatu kebimbangan terhadap Negara terlibat yang masih kekal sebagai negara destinasi bagi tujuan pemerdagangan wanita dan gadis, termasuklah mereka yang daripada golongan memohon suaka dan pelarian bagi tujuan mengekspolitasi seksual, mengemis, buruh paksa, atau perkahwinan paksa (Jawatankuasa PBB Mengenai Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (2018) Perenggan 25). 4. Majlis Hak Asasi Manusia PBB. (2019, 17 Januari). Lawatan ke Malaysia - Laporan Pelapor Khas mengenai penjualan dan eksploitasi seksual , pornografi dan penderaan seksual kepada kanak-kanak. 7.A/HRC/40/51/Add/3. (UNHRC: New York). 5. Badan dan pihak berkepentingan yang berkaitan terdiri daripada imigresen, pegawai kehakiman, pendakwa raya, badan penguatkuasa, pihak berkuasa perubatan termasuklah kakitangan SCAN dan OSCC, pelindung kanak-kanak, pekerja sosial, guru, kakitangan sekolah, NGO, pihak berkuasa agama, anak-anak pelarian, keluarga dan komuniti mereka."