Oleh: Cso Platform For Reform – Kluster Kanak-kanak
Organisasi/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)
Kod Polisi: 2e Kanak-kanak
Isu dan Polisi Semasa:
"1. Risiko penderaan seksual kanak-kanak, eksploitasi, penderaan fizikal, pornografi kanak-kanak di Malaysia meningkat berikutan daripada kekurangan penguatkuasaan, pendakwaan, kesedaran yang kurang baik serta pelaksanaan undang-undang, dasar dan SOP yang menyebabkan pemangsaan semula kepada kanak-kanak. Terdapat kekurangan kepakaran hakim, pegawai kehakiman, timbalan pendakwa raya, pegawai penguatkuasaan, pelindung kanak-kanak, penyedia perkhidmatan bagi sokongan kanak-kanak dengan penempatan selamat, pengurusan kes, sokongan psikososial, campur tangan undang-undang serta pemulihan. 2. Dengan peningkatan penderaan seksual dalam talian dan eksploitasi kanak-kanak, Malaysia kekurangan penguatkuasaan terlatih, perlindung kanak-kanak, pendakwa raya dan pegawai kehakiman untuk menyiasat jenayah atas talian terhadap kanak-kanak. Pihak polis enggan untuk menyiasat pornografi kanak-kanak tanpa laporan polis, mengalihkan beban tanggungjawab tersebut daripada badan penguatkuasaan. 3. Guru-guru, ibu bapa, pengasuh, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa perubatan serta komuniti kurang kesedaran tentang penderaan seksual kanak-kanak termasuklah penderaan dalam talian dan peranan mereka di bawah pelaporan mandatori Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (SOACA) dan Akta Kanak-Kanak 2001."
Nilai-nilai & Kepercayaan
Menginstitusikan pasukan yang kompeten dan khusus dalam menyediakan undang-undang, psikososial, perubatan, pemulihan, sokongan pengurusan kes kepada mangsa penderaan seksual kanak-kanak melalui latihan sistematik mengenai pelaporan mandatori di bawah Akta Kanak-kanak 2001, SOACA, GARIS PANDUAN SCAN dan OSCC, perlindungan kanak-kanak (jenayah dalam talian), keganasan berasaskan gender, penentuan kepentingan terbaik, komunikasi mesra kanak-kanak dan rujukan haluan.
Penyelesaian:
"1. Mewujudkan mekanisme pengumpulan data antara agensi, menjalankan penyelidikan yang lebih berorientasikan tindakan dengan kebenaran yang ketat dan perlindungan kerahsiaan yang berlaku ke atas kes penderaan seksual kanak-kanak yang melibatkan jenayah dalam talian terhadap mereka. 2. Menginstitusikan dasar perlindungan kanak-kanak (PSEA) dan prosedur tindak balas perlindungan kanak-kanak dengan semua sekolah, pusat pembelajaran, organisasi berasaskan komuniti, sekolah agama, penjagaan kediaman termasuk yang dikendalikan oleh NGO dan kerajaan. Mewujudkan maklum balas sulit dan mekanisme pelaporan yang dikawal selia oleh pasukan pakar yang bebas dan khusus yang menguruskan kes penderaan seksual kanak-kanak. 3. Menginstitusikan talian am ‘hotline’ yang berdedikasi, sulit dan tidak mendiskriminasi bagi semua mangsa kanak-kanak yang beiko dalam segala bentuk keganasan. Menyediakan pegawai responden yang mencukupi dan terlatih setelah mengenal pasti mangsa kanak-kanak berkenaan. 4. Meningkatkan sumber sedia ada iaitu SCAN yang lebih terlatih, OSCC, penguatkuasaan bagi meningkatkan sistem dan perkhidmata negara untuk mencegah dan bertindak balas terhadap isu-isu perlindungan kanak-kanak secara berkesan termasuklah jenayah dalam talian terhadap kanak-kanak. 5. Menarik semula dasar Tiada Tindakan Lanjutan terhadap penderaan seksual kanak-kanak. 6. Menubuhkan pengatur penjagaan alternatif khusus apabila diperlukan dan program pemulihan bagi kanak-kanak yang didera secara seksual dan mereka yang menunjukkan tingkah laku risiko yang tidak sesuai serta seksual. "
Sumber Rujukan:
"1. Laporan Status CRCM 2019 Halaman 39, 40 2. Laporan Status CRCM 2019 – Penderaan seksual dalam talian kanak-kanak (Halaman 43) – Terdpat 204,506 laporan mengenai penderaan seksual kanak-kanak yang disyaki dan dieksploitasi dari Malaysia diterima oleh Cybertipline USA. 202108121857 https://www.missingkids.org/gethelpnow/cybertipline#collapse20192020ReportsbyCountry"