Oleh: Liau Pin Chun
Organisasi/ Individu: UMANY
Kod Dasar: Belia 2d
Isu dan Polisi Semasa:
Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan pada tahun 1971, autonomi mahasiswa telah dikekang secara ketara. Sebagai contoh, Kesatuan Mahasiswa telah menjadi Majlis Perwakilan Pelajar, hak kebebasan bersuara, berhimpun dan akademik tergugat, kehilangan autonomi kewangan dan sebagainya.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kami mempercayai mahasiswa universiti mempunyai kemampuan dalam mengurus hal ehwal sendiri. Mahasiswa perlu dilatih untuk berfikir secara berdikari dan kritis bukannya dikawal oleh pihak berkuasa. Mahasiswa juga harus diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat terhadap isu kampus, politik dan negara tanpa intimidasi.
Penyelesaian:
1. AUKU mesti dimansuhkan sepenuhnya dan digantikan dengan akta baharu. Semasa era Pakatan Harapan, sebuah kumpulan kerja untuk memansuhkan AUKU telah ditubuhkan dan Akta Pengajian Tinggi (Higher Education Act) telah dirangka. Rancangan ini perlu diteruskan, 2. Menjamin kebebasan akademik mahasiswa, dan 3. Memulakan reformasi institusi.
Sumber Rujukan: