2B-14 Mansuhkan Undang-undang Menindas

Oleh: Cso ROL Cluster

Organisasi/ Individu: SUARAM

Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia

Isu dan Polisi Semasa:

"Malaysia melaksanakan beberapa siri undang-undang penahanan sewenang-wenangnya dan penafian kejam terhadap hak perbicaraan adil. Undang-undang ini termasuklah: 1. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) 2. Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) 3. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan 4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Beberapa undang-undang ini seperti POCA, POTA dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, sangat menyerupai ISA, membenarkan polis untuk memerintahkan penahanan tanpa bicara sehingga 60 hari dan lembaga lantikan kerajaan pula boleh memerintahkan penahanan sehingga dua tahun tanpa bicara. "

Nilai-nilai & Kepercayaan

Penolakan hak untuk perbicaraan adil tidak boleh dibiarkan dan diterima pakai dalam mana-mana negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang. Kanun Tatacara Jenayah dan prosiding reman di dalamnya telah dibentuk dengan tujuan memastikan penyeliaan kehakiman terhadap pelaksanaan kuasa pihak polis seharusnya menjadi asas untuk sebarang penahanan sebelum perbicaraan dan siasatan dilakukan. Kuasa reman dan penahanan sebelum perbicaraan hanyalah kuasa kepada sistem kehakiman dan bukannya Polis Diraja Malaysia.

Penyelesaian:

"1. Memansuhkan semua undang-undang berkenaan penahanan tanpa bicara. 2. Menggubal alternatif kepada undang-undang keselamatan 3. Mematuhi piawaian Hak Asasi Manusia Antarabangsa "

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]