Oleh: Ng Yap Hwa
Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
Bagi menyelesaikan masalah pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh kerajaan sejak zaman Merdeka. Perkara ini boleh dilakukan dengan memberikan ganti rugi kepada mangsa penangkapan di bawah undang-undang keselamatan negara (ISA), undang-undang darurat, peristiwa 13 Mei, Akta Hasutan termasuklah kematian mangsa dalam tahanan seperti Teoh Beng Hock, R Gunasegaran, Kamarulnizam dan lain-lain lagi.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Setiap mangsa pencabulan hak asasi manusia mempunyai hak atas kebenaran, keadilan, dan ganti rugi.
Penyelesaian:
Menggubal Akta Keadilan Peralihan supaya kerajaan memohon maaf kepada semua mangsa pencabulan hak asasi manusia, memberi ganti rugi kepada mangsa yang memohon skim tersebut, serta sebuah muzium hak asasi manusia bagi memperingati mereka yang terlilbat dalam perjuangan berkaitan dengannya.
Sumber Rujukan:
https://www.un.org/ruleoflaw/files/TJ_Guidance_Note_March_2010FINAL.pdf