Oleh: Ng Yap Hwa
Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
Terlalu banyak projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan telah membawa kepada pengusiran orang asli, peneroka bandar, petani, nelayan secara paksaan. Bagi menyelesaikan masalah ini, sistem Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) mestilah diperbaharui secara keseluruhan dan mengguna pakai sistem penilaian yang berasaskan hak asasi manusia.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Setiap individu mempunyai hak ke atas perumahan kerana ini berhubung kait dengan haknya untuk mendapatkan makanan, pekerjaan dan budaya.
Penyelesaian:
Memastikan pihak awam, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mematuhi piawaian hak asasi manusia dengan menggunakan sistem penilaian impak hak asasi manusia bagi tujuan kelulusan sebarang projek pembangunan pada semua skala, terutama yang berskala besar.
Sumber Rujukan:
https://www.humanrights.dk/tools/human-rights-impact-assessment-guidance-toolbox/introduction-human-rights-impact-assessment