2B-7 Untuk memperbaharui Akta Kaedah-Kaedah Lokap 1953

Oleh: Ng Yap Hwa

Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy

Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia

Isu dan Polisi Semasa:

Terdapat beberapa kes, keluarga mangsa mendakwa bahawa pegawai-pegawai polis enggan memberikan ubat kepada mangsa hingga mengakibatkan kematian mereka yang berada dalam tahanan. Oleh yang demikian, Kaedah-Kaedah Lokap 1953 mesti diperbaharui untuk melindungi hak kesihatan dan akses perubatan kepada orang dalam tahanan.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu. (Artikel 25 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948)

Penyelesaian:

Melakukan reformasi kepada Kaedah-Kaedah Lokap 1953 bagi memastikan hak kesihatan iaitu akses kepada perubatan dan rawatan diberikan kepada orang dalam tahanan.

Sumber Rujukan:

https://www.facebook.com/tbhtfd/posts/2966813180265162

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]