2B-2 Mencegah Kematian dalam Tahanan di Malaysia

Oleh: Kenneth Cheng

Organisasi/ Individu: SUARAM

Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia

Isu dan Polisi Semasa:

"Apabila seseorang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan mana-mana agensi kerajaan, kematian tersebut dianggap sebagai kematian dalam tahanan. Di Malaysia, pendokumentasian kes-kes kematian dalam tahanan terletak di bawah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara atau Jabatan Imigresen. Sejak tahun 2013 sehingga April 2016, seramai 721 orang dilaporkan mati dalam tahanan. Baru-baru ini, fakta yang menyatakan 5 lelaki dilaporkan meninggal dunia sejak April 2021 – Jun 2021 telah menunjukkan isu kematian dalam tahanan ini masih belum diberikan perhatian. Sehingga hari ini, hanya ada sedikit atau tiada perundangan untuk menangani salah laku polis dan tindakan hukuman terhadap pihak penguatkuasaan kerajaan yang didakwa bertanggungjawab dalam mana-mana kes. Hal ini juga kerana kurangnya badan pengawasan luar bebas yang boleh menyiasat dan memastikan akauntabiliti pihak polis."

Nilai-nilai & Kepercayaan

Kami percaya, kematian dalam tahanan yang disebabkan kecuaian dan salah laku pihak polis harus bertanggungjawab kerana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk hidup seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, sebarang kematian dalam tahanan haruslah disiasat dengan sepenuhnya dan pesalah harus dikenakan tindakan undang-undang serta hak keluarga mangsa mendapat ganti rugi perlu dilindungi.

Penyelesaian:

"Kerajaan harus memperkenalkan Akta Mahkamah Koroner seperti di Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan negara-negara Komanwel lain yang akan mengukuhkan peranan koroner melalui asas reformasi struktural di dalam proses siasatan kes-kes kematian dalam tahanan. Kerajaan boleh sentiasa rujuk draf undang-undang yang diserahkan Majlis Peguam pada Oktober 2020 sebagai proses permulaan dalam memastikan mahkamah sebagai permulaan dalam memastikan mahkamah koroner yang bebas (daripada campur tangan pihak lain) di Malaysia. - Memastikan penjagaan kesihatan yang secukupnya diberikan kepada tahanan dan ini termaksulah kewujudan kakitangan perubatan di semua lokap dan lokasi tahanan. - Menubuhkan sebuah badan pengawasan luar bebas seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan Pakatan Harapan dalam memastikan polis bertanggungjawab ke atas salah laku mereka. - Untuk mengecam dan menghukum semua anggota polis yang didapati bersalah atas kematian seseorang dalam tahanan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Peguam Negara juga perlu bertinadak berdasarkan hasil dapatan dan cadangan daripada badan yang berkaitan bagi memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat sebagai sesuatu yang sudah dilaksanakan"

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]