Oleh: Sabah Reform Initiatives (SARI)
Organisasi/ Individu: Sabah Reform Initiatives (SARI)
Kod Polisi: 1A Bangsa Malaysia
Isu dan Polisi Semasa:
Konsep Bangsa Malaysia masih dinilai sebagai konsep yang kabur, walaupun fleksibel, dan anjal yang membolehkan penyesuaian kepada situasi baharu. Konsep dan model bangsa yang berasaskan parti, etnik, dan agama masih kukuh yang membentuk dan membina watak kebangsaan negara sejak merdeka.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Sebagai berbilang budaya, pelbagai etnik, dan berbilang agama adalah asas kuat buat negara sebagai mikrokosmos dunia.
Penyelesaian:
Bangsa Malaysia harus dibentuk kembali dan dibangun kembali berdasarkan negara dengan mengambil nilai-nilai dan norma-norma daripada kepercayaan pelbagai etnik, termasuk sosio-budaya yang mengandungi konsep multikulturalisme bangsa sebagai dasar yang boleh menyumbang kepada pembentukannya semula. Dasar dan konsep harus diubah menjadi “MALAYSIANESS” (KEBANGSAAN MALAYSIA), bukan “ETHNICNESS” (KEBANGSAAN ETNIK) berdasarkan satu etnik atau etnik tunggal, yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Suruhanjaya Nasional/Kebangsaan Malaysianess (National Commission for Malaysianess) boleh dibentuk untuk menjalankan program di seluruh negara dan memperkenalkan program tersebut juga kepada pelbagai agensi kerajaan agar kakitangan memahami dan menerapkannya sebagai sebahagian daripada nilai-nilai dan norma-norma sosio-budaya untuk semua orang. Pada dasarnya, ambil dan kumpulkan semua nilai-nilai dan norma-norma yang diperlukan daripada pelbagai etnik untuk mengatur program dan modul.
Sumber Rujukan:
"1. Apa yang saya faham, Wawasan 2020 tertumpu pada perindustrian dan 1Malaysia terumpu pada perkhidmatan. Kedua-duanya tidak mendalami nilai-nilai teras (mis. sosio-budaya) sebagai asas untuk mencapai perindustrian dan perkhidmatan secara keseluruhan. 2. Saya fikir untuk meletakkan “Malaysianess” atau “Kebangsaan Malaysia” sebagai konsep kerana negara ini adalah masyarakat yang berbilang budaya, pelbagai etnik, dan berbilang agama yang mempunyai gabungan unsur-unsur sosio-budaya. 3. Unsur-unsur sosio-budaya dari pelbagai etnik di sini adalah sangat bervariasi dari segi nilai, yang dapat dianggap sebagai permata yang luar biasa, purbakala, dan wujud jika menyebut tentang Malaysia. Permata ini adalah seperti yang difahami oleh raayat sebagai agama, bangsa dan tanah air (negara). 4. Kelak, konsep trifiber (seratiga) ini menjadi jiwa nasionalisme di negara ini. Walau bagaimanapun, ia menjadi sebuah tafsiran yang tunggal dan etnosentrik berdasarkan satu etnik yang terbentuk dari pelbagai suku di Asia Tenggara, Asia, Arab, Parsi, Eurasia, dan etnik lain yang menjadi Muslim. Dan kemudian menjadi konsep teras pada “Kebangsaan Melayu” yang diterjemahkan sebagai “Malayness” yang kemudian diwarisi oleh konsep Bangsa Melayu. Dari segi sejarah, ini dikonseptualisasikan sebelum Sabah dan Sarawak menjadi komponen negara kini, Persekutuan Malaysia. Dan pemahaman ini tidak berubah dan berkembang sehingga ke hari ini. 5. Kata agama tidak didefinisikan secara khusus, kerana secara automatic ia difahami sebagai Islam, yang seharusnya merujuk kepada agama apa saja, berdasarkan pelbagai etnik. Kerana sebelum kedatangan Islam, agama sebagai satu istilah telah pun digunakan untuk merujuk pada agama apa saja dari konteks pelbagai etnik. 6. Seterusnya adalah bangsa. Bangsa pada dasarnya adalah sekelompok keluarga, bangsawan, dan pelbagai etnik, dan kemudian disamakan dengan “nation” dalam bahasa Inggeris. Sejauh mana berhubung perkataan ini difahami, nilai-nilai dan norma-normanya adalah diwarisi dari setiap nenek moyang dalam komposisi semasa dari pelbagai etnik di negara ini sebagai nilai-nila dan norma-norma yang baik bagi setiap orang untuk menerapkannya sebagai sebahagian daripada keperibadian mereka. 7. Yang lainnnya adalah tanah air atau negara, negara atau tempat di mana orang tinggal atau berhuni tanpa mengira etnik dan agama sebelum penubuhan negara-bangsa moden dan secara politik. Maka, sosio-budaya seratiga ini telah berada dalam jiwa setiap etnik di negara ini sebelum negara moden, Malaysia dibentuk. 8. Apa yang perlu dilakukan adalah memperbaharui penyebaran, definsi, dan makna seratiga (agama, bangsa dan negara) ini menjadi lebih inklusif berdasarkan sosio-budaya, yang sejak dahulu wujud dalam pelbagai etnik, bukan pada makna dan konsep yang terbatas seperti saat ini menurut pandangan politik. Islam dan Bahasa Melayu (Malaysia) akan sentiasa menjadi salah satu komponen nasionalisme negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Raja-raja Berperlembagaan sebagai penjaga, pelindung, payung, tunjang, dan tulang belakang semua (setiap etnik), negara, dan kedudukan istimewa Bumiputera dapat dipertahankan, tetapi nilai-nilai inti juga harus melihat golongan yang paling rentan, dalam apa jua etnik. Dalam hal ini, Malaysianess akan menentukan keperibadian rakyat di negara ini dari nilai-nilai teras yang diambil dari pelbagai sosio-budaya dan keperluan semua etnik di negara ini berdasarkan seratiga ini. 9. Saya tidak dapat memberikan perbezaan yang tepat tentang Malaysianess (Kebangsaan Malaysia) dengan Wawasan 2020 atau 1Malaysia, tetapi untuk melihat seratiga (agama, bangsa dan negara) di mana nilai-nilai inti berasal dari pelbagai etnik, dan dari zaman purba sebelum menjadi slogan kepada satu kumpulan etnik di negara ini sehingga ke hari ini. 10. Dengan ini, saya meminta rakan-rakan untuk membantu menjadikan konsep Malaysianess ini utuh, padat dan bulat. Ia masih tidak matang buat masa ini, tetapi mampu dikembangkan dari seratiga yang saya sebutkan untuk mengekstrak nilai-nilai dan norma-norma sosio-budaya untuk menjadikan Malaysianess relevan dengan keperluan negara dalam zaman moden ini"