1A-1Konsep Bangsa Malaysia memerlukan transformasi minda.

Oleh: Dato' Stanley Isaacs

Organisasi/ Individu: Lembaga Pengelola, SM St. Mary's, Kuala Lumpur

Kod Polisi: 1A Bangsa Malaysia

Isu dan Polisi Semasa:

Ideologi ''Ketuanan Melayu” (KMI) orang Melayu terutamanya dalam sektor pendidikan dan diperkukuhkan lagi dengan dasar dan peraturan kerajaan sudah pasti menjadi penghalang kepada evolusi Bangsa Malaysia. KMI tidak mempunyai tempat dalam sebuah negara yang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju. Sumber manusia yang terbaik tanpa mengira kaum dan agama perlu pupuk dan dimanfaatkan untuk berkhidmat kepada negara. Ini adalah selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia. Malaysia telah kehilangan bijak pandai kepada negara-negara lain yang telah menggunakan anak Malaysia untuk kelebihan mereka. Penghijrahan adalah atas premis, "Saya tidak diterima di sini". Orang bukan Melayu yang muda tidak teragak-agak untuk meninggalkan Malaysia untuk bekerja di tempat lain di mana mereka tidak perlu merasakan diri mereka sebagai "kelas kedua".

Nilai-nilai & Kepercayaan

Diskriminasi rakyat berdasarkan pertelagahan "pendatang" atau bukan Melayu atau bukan Islam", menghalang segala usaha untuk perpaduan dan kesetiaan. Diskriminasi rakyat atas alasan etnik dan agama telah berakar umbi. Usaha murni untuk membuang diskriminasi ini mestilah diiringi keberanian politik dan kepercayaan terhadap Bangsa Malaysia.

Penyelesaian:

Permulaan ke arah Bangsa Malaysia adalah pembasmian perbezaan material di sekolah bermula dengan pembezaan kanak-kanak mengikut kaum dan agama dan komposisi guru serta kakitangan yang seimbang daripada semua kaum. Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan kakitangan mereka mesti diketuai oleh orang yang berkelayakan daripada semua kaum. Pengetua dan guru besar sekolah kebangsaan tidak boleh dipilih daripada satu kaum sahaja dan mereka mestilah dilantik berdasarkan merit. Kelas agama mestilah terhad dan tidak menjejaskan masa untuk mata pelajaran sekular termasuk sains dan matematik. Sekolah-sekolah berasrama untuk pelajar Melayu yang cemerlang perlu dibuka kepada semua kanak-kanak yang cemerlang dan layak daripada kaum-kaum lain dan sekolah-sekolah tersebut mestilah dikendalikan oleh guru-guru daripada semua kaum. Guru mesti dilatih untuk menghapuskan prasangka kaum dan perkara yang sama disemai dalam kalangan pelajar dalam setiap aspek kehidupan sekolah. Biasiswa dan bursar serta pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi mestilah berdasarkan merit dengan pengecualian khas yang terhad kepada pelajar Melayu dan pelajar lain. Universiti dan institusi pengajian tinggi juga mesti membasmi semua bentuk hegemoni satu kaum. Kolej kediaman pula tidak boleh melakukan pemisahan berdasarkan kaum untuk menggalakkan hubungan personal.

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]