{"id":3967,"date":"2023-01-07T00:00:00","date_gmt":"2023-01-07T00:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/server.minyakmas.com.my\/harmonization-of-domestic-legislation-with-the-crpd-crpd-art-33\/"},"modified":"2023-01-07T00:00:00","modified_gmt":"2023-01-07T00:00:00","slug":"harmonization-of-domestic-legislation-with-the-crpd-crpd-art-33","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/harmonization-of-domestic-legislation-with-the-crpd-crpd-art-33\/","title":{"rendered":"2F-1 Pengharmonian Perundangan Dalam Negeri dengan CRPD (CRPD Art. 33)"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Law Reform Harapan OKU &amp; AWL<\/p>\n\n\n\n<p>Organisasi\/ Individu: Pembaharuan Undang-undang Harapan OKU &amp; AWL<\/p>\n\n\n\n<p>Kod Polisi: 2F PWD<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isu dan Polisi Semasa:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan tidak melarang diskriminasi terhadap ketidakupayaan. Malaysia tidak meratifikasikan Protokol Pilihan untuk Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Kerajaan pada tahun 2019 telah mengumumkan satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi pembaharuan kepada Akta Orang Kurang Upaya 2008. Sehingga hari ini (Mei 2021), tiada pasukan petugas yang dibentuk.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Nilai-nilai &amp; Kepercayaan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hak dan perlindungan sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia adalah tidak lengkap dimana golongan ini akan menghadapi diskriminasi, keterpinggiran dan gangguan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penyelesaian:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\"\na.\tMengukuhkan definisi kurang upaya yang komprehensif dan terkini dengan memasukkan contohnya: penyakit jarang berlaku, kurang upaya psikososial, individu dengan kepelbagaian saraf, kurang upaya sementara; Memasukkan definisi diskriminasi dan gangguan; Menyediakan remedi bagi mereka yang terkesan dengan diskriminasi dan\/atau gangguan;\nb.\tMemperkenalkan penalti bagi ketidakpatuhan dengan peruntukan-peruntukan Akta dan penguatkuasaan hak-hak OKU;\nc.\tMemansuhkan semua fasal penyingkiran, termasuk dan tidak terhad kepada Seksyen 41 &amp; 42 Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang menghalang dan melindungi pegawai kerajaan dan awam daripada disaman ketika mereka mengaku telah bertindak dengan niat baik;\nd.\tMenubuhkan sebuah Suruhanjaya Kurang Upaya bebas dengan kuasa untuk:\ni.\tMenjadikan isu kurang upaya dalam arus perdana;\nii.\tMenyiasat isu-isu kurang upaya dan menyediakan nasihat guaman;\niii.\tMeminta mana-mana individu untuk menghadirkan diri sebelumnya dan menghasilkan sebarang dokumen berkaitan isu-isu kurang upaya dalam inkuiri yang dimulakan oleh Pesuruhjaya;\niv.\tMemulakan tindakan sendiri berkaitan ketidakpatuhan dengan Akta dan mencampur tangan sekiranya perlu dalam tuntutan undang-undang mengenai isu kurang upaya;\nv.\tMemulakan tindakan sendiri berkaitan dengan diskriminasi terhadap orang yang kurang upaya;\nvi.\tMenyerahkan kepada Parlimen untuk mengkaji semula dan membahaskan laporan tahunan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan Orang Kurang Upaya;\nvii.\tMenubuhkan satu tribunal bagi mengendalikan pelanggaran hak Orang Kurang Upaya, memandangkan ia lebih menjimatkan kos dan ahli-ahli kepada tribunal yang dicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam isu-isu berkaitan ketidakupayaan dan akses kepada keadilan. \ne.\tMenghormati kewajiban Malaysia di bawah CRPD dengan, antara lain, melakukan perkara seperti berikut:\ni.\tMenjalankan penyelarasan komprehensif terhadap perundangan domestik dalam pelbagai sektor (termasuk dan tidak terhad kepada pendidikan, kesihatan, pembangunan sumber manusia, pekerjaan, perumahan dan kerajaan tempatan, kerja raya, pengangkutan awam, komunikasi dan multimedia, perdagangan domestik dan hubungan pengguna) dengan CRPD;\nii.\tMembangunkan peraturan pelaksanaan bagi mengenakan tindakan perundangan yang menegakkan serta melindungi hak orang kurang upaya dan menangani diskriminasi serta gangguan yang dialami oleh OKU termasuklah orang yang berkait rapat dengan mereka;\niii.\tMengkaji kaedah untuk memperkukuhkan koordinasi di pelbagai sektor, kementerian dan peringkat bagi mengarusutamakan penglibatan OKU;\niv.\tMenggerakkan sumber daya manusia dan lain-lain untuk menyokong secara berterusan, bagi pemahaman orang awam, perkhidmatan awam dan juga sektor swasta tentang OKU.\"\n<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber Rujukan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>By: Law Reform Harapan OKU &#038; AWL Organisation\/ Individual: Law Reform Harapan OKU &#038; AWL Policy Code: 2F PWD Problem Statement and Current Policy: Article 8(2) of the Federal Constitution does not prohibit discrimination against disability. Malaysia has not ratified the Optional Protocol to the CRPD. The Government in 2019 had announced that a task &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/harmonization-of-domestic-legislation-with-the-crpd-crpd-art-33\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">2F-1 Pengharmonian Perundangan Dalam Negeri dengan CRPD (CRPD Art. 33)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-banner-title-visibility":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-3967","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-2f-pwd"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3967","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3967"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3967\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3967"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3967"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3967"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}