{"id":3962,"date":"2023-01-07T00:00:00","date_gmt":"2023-01-07T00:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/server.minyakmas.com.my\/barriers-to-healthcare-at-affordable-rates-to-non-citizen-children-with-either-parent-malaysian\/"},"modified":"2023-01-07T00:00:00","modified_gmt":"2023-01-07T00:00:00","slug":"barriers-to-healthcare-at-affordable-rates-to-non-citizen-children-with-either-parent-malaysian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/barriers-to-healthcare-at-affordable-rates-to-non-citizen-children-with-either-parent-malaysian\/","title":{"rendered":"2E-8 Halangan kepada Penjagaan Kesihatan pada kadar yang berpatutan kepada kanak-kanak bukan warganegara yang mempunyai ibu bapa warganegara Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Cso Platform For Reform \u2013 Kluster Kanak-kanak<\/p>\n\n\n\n<p>Organisasi\/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)<\/p>\n\n\n\n<p>Kod Polisi: 2e Kanak-kanak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isu dan Polisi Semasa:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\"1. Kanak-kanak bukan warganegara daripada ibu atau bapa warga Malaysia ditetapkan sebagai orang asing dalam kemudahan perubatan awam. Ini bermakna mereka menanggung bayaran tambahan berbanding warga Malaysia \u2013 pindaan 2016 di dalam Akta Fi (Perubatan) 1951. Hal ini menjadikan kanak-kanak mudah terdedah kepada keadaan rentan apabila penjaga mereka tidak berupaya untuk menampung pada kadar yang tinggi. \n\n2. Dua klasifikasi kepada kanak-kanak bukan warganegara yang dibenarkan menikmati perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sama seperti warga Malaysia: mereka yang lahir di Malaysia, pada usia 12 tahun, memegang Sijil Kelahiran Malaysia dan dengan salah seorang ibu atau bapa yang merupakan rakyat atau pemegang Penduduk Tetap, dan mereka di bawah umur 18 tahun, diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa warga Malaysia dan mempunyai salinan yang diperakui. \"<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Nilai-nilai &amp; Kepercayaan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kepentingan terbaik kanak-kanak, mereka yang bukan warganegara harus mempunyai akses kepada vaksinasi dan penjagaan kesihatan dengan kadar yang sama seperti kanak-kanak di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penyelesaian:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\"1. Membenarkan semua kanak-kanak (sehingga usia 18 tahun) di mana ibu atau bapa mereka merupakan warga Malaysia untuk mengakses penjagaan kesihatan dengan kadar yang sama dengan rakyat Malaysia serta memperuntukkan kad pengenalan ibu atau bapa mereka. Ini termasuklah kanak-kanak yang lahir di luar negara (ibu warganegara Malaysia) yang tidak memegang Sijil Kelahiran Malaysia.  \n2. Memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak yang tidak berdokumen atau tanpa kewarganegaraan.\n3. Memberi program vaksinasi dan imunisasi secara percuma kepada kanak-kanak bukan warganegara, dan penjagaan maternal kepada ibu.\n4. Memasukkan kanak-kanak bukan warganegara ke dalam sistem sekolah kebangsaan dalam kesihatan sekolah berkala, pemeriksaan gigi, dan inisiatif lain-lain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). \"<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber Rujukan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\"Kanak-kanak bukan warganegara Malaysia membayar dengan kadar orang asing walaupun ibu atau bapa warga Malaysia. Ini sangat merugikan bagi mereka yang mempunyai anak kurang upaya atau mereka yang memerlukan rawatan jangka panjang.\n\nIsu penting:\n1. Kos penjagaan kesihatan yang tidak terjangkau menyukarkan ibu bapa dan kanak-kanak untuk mengakses perkhidmatan penting, termasuklah program imunisasi, vaksinasi, penjagaan ibu dan anak.\n2. Kanak-kanak bukan warganegara dalam sistem sekolah kebangsaan Malaysia tidak termasuk di dalam pemeriksaan kesihatan dan pergigian, penggalak kesihatan dan inisiatif lain yang dikawal oleh Kementerian Kesihatan.\n3. Semasa pandemik, akses kepada penjagaan kesihatan menjadi sangat penting. Ini mestilah dijamin kepada setiap kanak-kanak. Dalam keadaan sedemikian, kehidupan kanak-kanak boleh terancam kerana kos rawatan terlalu mahal. \"<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>By: Cso Platform For Reform \u2013 Child Cluster Organisation\/ Individual: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM) Policy Code: 2e Child Problem Statement and Current Policy: 1. Non-citizen children of a Malaysian parent are designated as foreigners in public medical facilities, which carry additional fees compared to citizens as per the 2016 amendments to the Fees Act &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/barriers-to-healthcare-at-affordable-rates-to-non-citizen-children-with-either-parent-malaysian\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">2E-8 Halangan kepada Penjagaan Kesihatan pada kadar yang berpatutan kepada kanak-kanak bukan warganegara yang mempunyai ibu bapa warganegara Malaysia<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-banner-title-visibility":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":"","footnotes":""},"categories":[14],"tags":[],"class_list":["post-3962","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-2e-child"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3962","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3962"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3962\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3962"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3962"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/manifestorakyat.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3962"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}